Monday 4 November 2013

Khasiat Buah Zuriat dan Debunga Kurma



KHASIAT BUAH ZURIAT

- Meningkatkan kesuburan 
- menguatkan rahim 
- merawat masalah keputihan 
- merawat darah rendah
- Melancarkan peredaran darah
- meningkatkan kualiti sperma
- melancarkan pengeluaran darah haid..
- haid teratur
- merawat sakit dan lenguh sendi..Juga mengandungi
- elemen zat besi yang tinggi mempunyai kadar antioksidan yang tinggi dan ianya mungkin menjadi penyebab dalam menyumbang kesuburan seseorang

Cara2 menggunakannya:
1. Ketukkan secara perlahan2 bahagian atas buah zuriat dgn menggunakan parang / gergaji.
2. Potong buah zuriat guna hujung mata parang dan bagi memudahkan gunakan lesung utk membelah buah ini.
3. Potong bhgian tempurungnya dulu ye,jgn terus dipotong bijinya..
4. Basuh bersih.
5. Letakkan dalam periuk,masukkan air lebih kurang utk 2 cawan (suami dan isteri.)
6. Rebus apinya perlahan bagi mengelakkan khasiatnya termusnah kerana suhu tinggi
7. Minum segelas suami dah segelas isteri (setiap pagi dan malam) dan seeloknya pada hari pertama haid (Jika haid tak normal ) atau selepas haid pun boleh. kalau haid teratur minum selepas habis haid:-)




Ada juga cara-cara lain penggunaannya:


Cara Pertama 

Mengikut kata mereka yang pernah tinggal dan membesar di Negara seperti Saudi, Mesir, Sudan dan lain lain Negara Asia Barat memakan buah segar doum ini hanya sekadar menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar kulit buah zuriat ( tak perlu di belah ) seperti kita memecah kulit telur. Buahnya ringan dan sabut/ isi di dalamnya lembut dan bolih dimakan begitu sahaja

Cara Kedua 

Disebabkan cuaca Negara kita panas dan lembab, ini meyebabkan buah doum menjadi keras dan liat. Maka mengupasnya dilakukan dengan bermacam macam cara , memang banyak versi dan cara menggunakan buah zuriat ini;

1) Ada dengan cara menggunakan tukol besi untuk memecah lapisan luar, kemudian bijinya dihiris hiris.
2) Ada yang mengisar keseluruhan buah didalam mesin pengisar
3) Ada yang kata kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang.
4) Ada yang terus merebus keseluruhan buah itu begitu sahaja. 
5) Ada yang merebus dua biji (sepasang) buah ini sekali gus.
6) Ada yang buah itu hancurkan isi nya dan dicampur dengan susu segar kemudian direbus, air rebusan tadi diminum

Rebusan biji dan isirungnya, sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Air rebusan ini diamalkan minumannya selama 44hari atau sehingga mengandung. Air ini diminum bersama suami isteri dan hampas rebusan ini diulang rebus sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru. 

Penggambilan buah ini boleh diambil pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau di gosok-gosokkan ke sendi-sendi yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya.

Ada mengekstrak keluar minyak dari buah ini bagi kegunaan rawatan serbaguna. Begitu juga dengan cara melakukan pelbagai penyediaan dan penggunaan dari buah ini.


Antara Surah yang di amalkan semasa meminum atau menggunakan buah ini ada dari Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)

Yang bermaksud: 

"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan. Ia berkata: 
Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa."
Doa untuk mendapatkan zuriat dibaca dari Surah Al-Imran Ayat-200 dan Surah Al-Anbia Ayat-89.


pm/sms utk pre-order

No comments:

Post a Comment